Posts

Selamat Datang ke Peperiksaan-MY

Selamat Datang kami ucapkan ke Peperiksaan-MY. Laman web ini memfokuskan kepada perkongsian bahan-bahan yang boleh digunakan untuk persediaan peperiksaan anak-anak kita. Idea penubuhan laman web ini muncul setelah terlalu banyak laman web yang membekalkan bahan-bahan persediaan peperiksaan, tetapi terdapat terlalu banyak iklan dan sesetengah iklan yang dipaparkan termasuklah link ke laman web spyware, virus, scam dan sebagainya. Kami berazam untuk menyediakan laman web yang memudahkan ibu bapa dan guru dalam mencari bahan bantu latihan dan contoh soalan peperiksaan untuk anak-anak dan murid-murid. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk semua. Sila kongsikan maklumat laman web ini kepada seramai mungkin ibu-bapa dan guru. Majulah pendidikan negara untuk generasi kita yang akan datang.